Followers

20111227

Usahawan Muda

Tertarik untuk menulis tentang perkara ini selepas melihat sendiri kafe siber yang baru sahaja dibuka oleh seorang sahabat. Seorang yang seusia dengan saya. Dikala saya masih terkial-kial untuk menghabiskan lagi tiga tahun pengajian sebelum bergelar seorang pendidik sementara beliau sudah boleh digelar usahawan muda. Dia merupakan seorang graduan politeknik dalam bidang ICT. Berbekalkan sedikit pengalaman daripada bekerja dan juga pengalaman semasa latihan industri beliau cukup berani untuk mengambil risiko dan membuka sebuah kafe siber. Sedangkan sinarionya ditempat saya kafe-kafe siber ada yang sudah mula gulung tikar. Agak kagum saya dengan keberanian beliau.


Akan tetapi setelah melihat sendiri premis perniagaan beliau, saya mulai yakin dengan apa yang cuba beliau capai. Dengan menyewa sebuah lot perniagaan yang besar beliau hanya menggunakan suku ruangan untuk kafe siber beliau sementara kawasan lain dibuka untuk disewa sebagai ruangan pejabat kepada sesiapa yang berminat. Maka dengan itu beliau dapat keuntungan dan membantu untuk membayar sewa lot kedai tersebut. Setahu saya, di pulau tempat saya membesar ini sewa untuk ruangan pejabat adalah tinggi dan menguntungkan. Selain itu, hasil perbualan kami saya juga mendapati dia juga memberikan perkhidmatan berkaitan komputer kepada individu persendirian, agensi kerajaan dan juga swasta. Perkara ini memberikan  pendapatan tambahan kepada beliau. Menguntungkan.

Tips Cinta Jarak Jauh


Empat tips cinta jarak jauh agar sentiasa bahagia:
  1.  Pertama sekali selalulah berhubung dengan yang tersayang. Orang kata zaman sekarang dah moden. Sila-silalah gunakan teknologi. Zaman sekarang semua ada. Talian tetap, Telefon bimbit, sms, prabayar, pascabayar, internet, Facebook, Twitter atau Skype. Pilihlah yang mana berkenan dihati boleh guna bila-bila masa. (Melainkan kekasih anda bertugas di tengah hutan atau di tengah lautlah. Kes-kes khas namanya tu.) Tapi berhubung sambil beringat. Jangan sampai setiap dua minit kita mengharapkan balasan sms atau kemas kini status daripada kekasih anda. Syarikat telco boleh mogok kalau anda buat macam tu sebab bosan cuma menghantar  sms berkasih-kasih anda sahaja.
  2. Seterusnya, usahakanlah untuk berjumpa apabila ada peluang. Jumlah walaupun sekejap. Cukuplah sekadar dapat bertegur sekadar dua tiga ayat dan menatap wajah. Janganlah sampai setahun tidak bertemu. Memang sah-sah rasa macam jumpa orang asing kalau kes seperti itu.
  3. Yang ketiga, salinglah percaya dan setia. Perkara paling penting dalam bercinta tidak kira jarak dekat atau jauh. Kalau tidak pernah rasa percaya, alahai tinggal memoirlah kisah cinta anda.
  4. Terakhir sekali, kejutan, kejutan, KEJUTAN. Kejutan adalah penting dalan perhubungan anda. Perkara ini akan memastikan bunga-bunga cinta anda sentiasa subur dan mekar. Buatlah kejutan dengan memberikan hadiah seperti bunga, patung beruang, atau apa-apa sahajalah yang sesuai. Anda jauh?. Perkhidmatan poskan ada. Ataupun ada boleh hubungi kedai-kedai hadiah berhampiran pasangan anda. Ada kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan penghantara (delivery) terus kepada alamat dan orang yang anda inginkan. Romantiknya.
Selesai sudah empat tips yang dapat dikongsikan kali ini. Cuba-cubalah gunakan. Semoga anda terus bahagia.